Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, sejarah dan budaya serumpun itu perlu diterapkan di kalangan generasi muda yang mudah berselisih faham tanpa panduan sejarah silam bangsa.
"Malaysia dan Indonesia adalah dua negara merdeka yang mempunyai sistem pemerintahan berbeza dan berkongsi sempadan yang begitu luas.
"Ditambah keberanian sesetengah media kini menyentuh isu sensitif, tidak menghairankan jika kadangkala wujud masalah yang boleh menggugat hubungan dua hala saudara berjiran ini.
"Untuk itu, keakraban hubungan antara kedua-dua negara perlu ditonjolkan melalui program atau penulisan yang dapat dihayati generasi muda," katanya selepas melancarkan buku bertajuk Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Indonesia-Malaysia di sini hari ini…
Ulasan: Kita hebat dengan amalkan Islam. Mukmin adalah bersaudara.
No comments:
Post a Comment