MANILA 26 Mei - Kumpulan pejuang Islam terbesar Filipina menyingkirkan seorang komandernya yang dipersalahkan kerajaan kerana dituduh mencetuskan peningkatan siri keganasan pada 2008 dan menyatakan ia bersedia mengadakan rundingan damai dengan kerajaan baru.
Jika satu penyelesaian dapat dicapai dan dikekalkan berhubung konflik yang berlaku, ia mampu menamatkan risiko pelaburan yang sudah membelenggu Filipina sekian lama dan berpotensi menarik pelaburan untuk mencari gali minyak pesisir pantainya, simpanan gas serta lombong yang belum diusahakan di kepulauan selatan.
Ketua perunding keamanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohaqher Iqbal berkata, komander radikal, Ustaz Ameril Ombra Kato dari pangkalan ke-105 MILF, sudah digantikan dengan pegawai lebih sederhana iaitu Zacaria Goma. Ameril kini sedang disiasat.
"Ameril tidak lagi mempunyai hubungan dengan pasukan ketenteraan kami.
"Penyingkiran itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula kami untuk menjadikan pasukan ini lebih berkeyakinan dan memberi permulaan yang baru untuk mengadakan rundingan damai di bawah kerajaan selepas ini.
"Kami hanya mahu menunjukkan kami amat serius dalam meneruskan keamanan," katanya kepada Reuters…
Ulasan: Berhati-hati kerana memang sikap musuh suka memecahbelahkan kekuatan kita.
No comments:
Post a Comment