KUALA LUMPUR 11 Mei - Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Akhil Bulat, mengetuai 200 penerima darjah kepahlawanan dan keberanian Polis di Istana Negara hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menganugerahkan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Akhil serta darjah kepahlawanan dan keberanian kepada para penerima lain pada istiadat itu.
Seramai 25 anggota polis dianugerahkan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) termasuk Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal.
Empat puluh sembilan anggota polis menerima darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 10 menerima darjah Kesatria Pasukan Polis (KPK) dan 113 menerima darjah Bentara Pasukan Polis (BPP).
Tuanku Mizan turut berkenan menganugerahkan Pingat Keberanian Polis (PKP) kepada Koperal Mat Azri Awang Ngah dan Lans Koperal Abd. Hafis Jamalul Ramlle (berkerusi roda) atas jasa dan keberanian mereka membanteras jenayah dua tahun lepas….
Ulasan: Tahniah kepada polis yang HEBAT kerana tidak menerima rasuah. Dan rasanya tidak ada polis yang menerima pingat kerana menembak tanpa ikut SOP.
No comments:
Post a Comment