PUTRAJAYA 23 Mei - Gadis berketurunan Bidayuh dan Iban dari Sarawak, Ann Fiona Philips, 25, dinobatkan sebagai juara Ratu Cantik 1Malaysia 2010 dalam pertandingan akhir 1Malaysia Miss Beauty Queen Pageant (MBQP) 2010 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini malam tadi.
Ann Fiona yang merupakan seorang jururawat berjaya mengetepikan 13 peserta peringkat akhir dari seluruh negara sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, tiara bernilai RM829,375 dan busana.
Dengan kemenangan itu, Ann Fiona akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Beauty World Pageant 2010 di Venezuela.
Naib Juara pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Nor Rodiahtul Adawiah Md. Latid, 24, manakala tempat ketiga, Aimi Zanura Mohd. Zafrullah, 23, dari Kelantan.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 selain tiara dan busana.
Pertandingan ratu cantik yang berkonsepkan 1Malaysia itu dianjurkan oleh MBQ World Sdn. Bhd.
Program tersebut menampilkan kelainan berbanding kebiasaan pertandingan ratu cantik apabila para peserta tidak dikehendaki memperagakan bikini sebaliknya mengenakan busana yang sopan selain terdapat peserta yang bertudung….
Ulasan: Mengapakah kecantikan semulajadi yang Allah berikan di pertandingankan? Wanita bukan binatang untuk di pertandingkan.
Gaza masih tidak dipulihkan
RAMALLAH 23 Mei - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 75 peratus daripada kerosakan atau kemusnahan rumah dan infrastruktur yang dilakukan oleh tentera Israel dalam perangnya ke atas Genting Gaza lebih setahun lalu belum dibaiki atau dibina semula.
Israel terus menyekat kemasukan bahan binaan ke Genting Gaza sebagai sebahagian sekatan menyeluruh ke atas wilayah Palestin yang diperintah oleh Hamas itu.
Program Pembangunan PBB (UNDP) dalam laporannya hari ini berkata, penduduk Gaza menjalankan kerja pembaikan kecil-kecilan yang dianggarkan bernilai AS$173 juta (RM554 juta) dengan menggunakan bahan runtuhan yang dikitar semula atau bahan yang diseludupkan menerusi terowong di sempadan dengan Mesir.
Masyarakat antarabangsa pada umumnya terpinggir dalam usaha pembangunan semula itu memandangkan PBB dan negara lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak mahu membeli barang seludup.
"Banyak anggota masyarakat antarabangsa termasuk PBB sehingga kini mengelak daripada menggunakan bahan yang dikenal pasti diseludupkan melalui terowong, dengan itu membataskan peranan mereka dalam program pembangunan semula," menurut UNDP.
UNDP bagaimanapun berkata, dengan memberi tumpuan kepada kerja pembaikan kecemasan dan pembinaan semula rumah dan infrastruktur pertanian, pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam didapati lebih berkesan dalam membantu penduduk Gaza berbanding agensi-agensi Barat.
Sebagai contoh, laporan itu menyebut pertubuhan seperti Mercy Malaysia, Islamic Relief, Qatar Red Crescent, Qatar Charity, Human Appeal International, Al-Rahma Charity Association dan Muslim Hands.
PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 6,268 rumah di wilayah Palestin yang sesak dan miskin itu musnah atau rosak teruk dalam serangan Israel antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009.
Kira-kira 1,400 penduduk Palestin terkorban dalam konflik itu manakala 13 rakyat Israel terbunuh dalam pertempuran atau serangan roket pejuang Palestin.
Penduduk Gaza berjumlah 1.5 juta orang banyak bergantung kepada rangkaian terowong di bawah sempadan dengan Mesir sejak Israel dan Mesir mengetatkan kawalan sempadan selepas Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada Jun 2007.
Bank Dunia menganggarkan 80 peratus daripada import Gaza diseludupkan mengikut terowong. - AP/AFP
Ulasan: Bantulah penduduk Palestin kerana mereka pun manusia juga. Mereka telah di zalimi negara penjajah sejak 62 tahun yang lalu…
Judi bola: Sampai bila Najib mahu membisu?
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Sampai bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu berdiam diri daripada mengulas isu pemberian lesen judi bola sepak walau jelas ia dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.
Ini kerana, hampir setiap malam di segenap tempat ia dibincangkan oleh semua pihak hatta mereka yang bukan beragama Islam.
Hari ini, sekali lagi Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulas isu itu dengan mencabar Umno dan Perkasa membuat pendirian dalam isu judi bola yang dikeluarkan oleh kerajaan BN.
Di segenap masjid dan surau khasnya di negeri-negeri yang bebas dari cengkaman BN, hampir semua kuliah agama menyentuh isu judi bola itu.
Mungkin mengetahui perkara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan agar mendengar bantahan rakyat.
Abdullah berkata demikian di Pulau Pinang semalam.
Di Surau Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, bekas tahanan penjara Amerika di Teluk Guatanamo, Ustaz Abdullah Iraq menyesali kebisuan para mufti di negara ini.
"Setiap negara ada satu mufti. Malaysia ada 13 mufti tetapi semuanya senyap sunyi bila kerajaan kata judi bola halal," kata beliau.
Kalau adapun, kata beliau, yang cakap bantah judi hanya perlahan takut ia dimarahi oleh kerajaan.
Sepatutnya, kata beliau, bantahan keras dibuat kepada kerajaan sebagaimana dibuat oleh para ulama Islam terhadap khalifah Islam zaman kegemilangan Islam dahulu.
Ulasan: Setakat ni cuma Mufti Perak yang menentang judi bola. Apakah dengan membisu, rakyat akan maafkan Najib kerana mengutamakan kroni dan merosakkan rakyat kerana berjudi berlesen.
Judi: Muslimat gesa kerajaan dengar pandangan Abdullah
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 23 Mei: Kerajaan digesa mendengar pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meminta kerajaan mengkaji semula kebenaran lesen judi bola sepak baru-baru ini.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar), berkata kerajaan perlu mendengar nasihat bekas Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat sebelum melaksanakannya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdullah yang meminta kerajaan mendengar pandangan rakyat berhubung perkara itu sebelum ianya dilaksanakan.
Menurut Abdullah lagi, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.
Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri berkata, bantahan terhadap lesen judi ini bukan retorik semata-mata sebagaimana yang didakwa pihak tertentu sebaliknya ia mengenai soal agama dan tanggungjawab umat Islam.
“Pemimpin Malaysia yang pernah mendakwa negara ini sebagai sebuah negara Islam seharusnya sejak awal lagi tidak bercadang mengadakan lesen judi, apa lagi untuk meluluskannya,”ujarnya.
Baru-baru ini, lesen judi yang sah telah diluluskan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, bagi membolehkan kaki judi bertaruh sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 Jun ini.
Tegas Zailah lagi, judi bola sepak bukan sahaja dibantah oleh umat Islam, sebaliknya bukan Islam juga.
Sehubungan itu Zailah menyeru semua rakyat negara ini yang perihatin supaya turut turun membantah lesen judi yang diadakan di tempat berhampiran.
Ulasan: Kalau PM ada harga diri…
No comments:
Post a Comment