Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Wednesday, May 26, 2010
Liga Arab gesa masyarakat dunia tekan Israel
Kapal cruise Turki Mavi Marmara, membawa aktivis pro-Palestin dan bantuan kemanusiaan ke Gaza berlepas dari pelabuhan Sarayburnu di Istanbul pada 22 Mei, 2010. Kapal itu yang ditaja oleh kumpulan Turki dan kumpulan hak asasi manusia pro-Palestin, Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan serta Bantuan Kemanusiaan (IHH) akan menyertai gerakan antarabangsa bagi menggesa Israel menarik balik sekatan di Genting Gaza. - REUTERS
KAHERAH 25 Mei - Liga Arab menggesa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia agar meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya negara Yahudi itu membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza dan menarik balik sekatan di wilayah itu.
Masyarakat antarabangsa, pertubuhan hak asasi manusia dan kuasa besar perlu bersatu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan di hantar ke Gaza dan sekatan ke atas penduduk Palestin ditarik balik, menurut Perkhidmatan Akhbar Algeria yang memetik Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Mohamed Sbih sebagai berkata.
Kumpulan persendirian Arab dan Barat dari 60 negara telah melancarkan kempen besar-besaran untuk penduduk Palestin di Gaza dengan menghantar sembilan kapal yang digelar 'Kafilah Kapal-Kapal Freedom '.
Penghantaran yang dijangka tiba Jumaat ini di Genting Gaza itu adalah sebagai usaha menghentikan sekatan di wilayah itu dan bagi membolehkan penghantaran bantuan makanan.
Kumpulan itu membawa 700 orang termasuk Ahli Parlimen, ahli politik dan beberapa pegawai serta 10,000 tan ubat-ubatan, bahan-bahan binaan, kerusi roda elektrik, kayu dan kira-kira beratus-ratus rumah pasang siap untuk beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan rumah akibat serangan Israel pada 2009.
Israel mengancam untuk menghalang penghantaran yang mendapat liputan meluas media itu daripada berlabuh di Gaza, di mana 1.7 juta rakyat Palestin dikepung selama tiga tahun.
Mohamed berkata, sekatan Israel ke atas Gaza tidak akan ditarik balik tanpa usaha bersungguh-sungguh masyarakat antarabangsa, terutamanya AS dan Kesatuan Eropah (EU).
Liga Arab turut menggesa Eropah untuk mengambil kedudukan yang jelas dalam pembinaan keamanan di rantau itu. – Bernama
Ulasan: Bantulah saudaramu yang zalimi oleh penjajah Israel tanpa henti sejak 1948. Mana OIC?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment