KUALA LUMPUR 20 Mei - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mencadangkan agar yuran permit import (AP) terbuka sebanyak RM10,000 yang dikenakan ke atas setiap pengimport kereta khususnya bumiputera dikurangkan kepada RM5,000 atau dihapuskan terus.
Yang Dipertuanya, Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, jumlah RM10,000 dilihat terlalu besar dan membebankan, oleh itu langkah menurunkan atau menghapuskan bayaran tersebut akan mengurangkan beban yang ditanggung pengimport.
''Jumlah RM10,000 memang nampak kecil tetapi kalau pengimport memiliki AP yang banyak, mereka perlu membayar yuran yang cukup tinggi. Dalam masa sama, mereka juga perlukan wang untuk membayar kepada pengeksport termasuk bayaran lain.
''Kita sangat bersimpati dengan ahli yang terpaksa menanggung beban ini,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Pekema Ke-29 di sini hari ini…
Ulasan: Kalau tak ada duit, eloklah jangan berniaga kereta.
No comments:
Post a Comment