SIBU 11 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan tiba di Sibu esok untuk melakukan lawatan kerja selama dua hari.
Sebaik tiba kira-kira 4.30 petang, beliau dijangka beredar ke sebuah hotel terkemuka di sini bagi menghadiri perhimpunan Persatuan Sekolah-sekolah Menengah Cina Bersatu dan Persatuan Sekolah-sekolah Rendah Cina Bantuan Bersatu.
Perdana Menteri kemudiannya akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Masjid An-Nur sebelum menyaksikan perarakan Tua Pek Kong di Medan Hoover.
Ini disusuli dengan majlis pelancaran Siaran RTM menerusi Program Satelit bagi Sabah dan Sarawak dan komputer 1Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum menghadiri jamuan malam bersama kalangan ahli perniagaan tempatan di venue yang sama.
Najib akan memulakan hari kedua beliau dengan bersarapan bagi bersama anggota beberapa pertubuhan belia.
Program diteruskan dengan melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Pusat Sibu sebelum melawat Rumah Sebastian Ungoh di Pasai, kira-kira 20 kilometer dari sini.
Perdana Menteri akan menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama para pegawai kerajaan di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – Bernama
Ulasan: Yang di tunggu-tunggu, dia datang… Lawatan kerja bila ada PR/K ke? Apakah kuantiti dan kualiti janji pilihan raya lebih hebat dari yang berlaku di Hulu Selangor dulu? Mana SPR? Mana SPRM? Tengok-tengokan usaha merasuah pengundi.
No comments:
Post a Comment