KOTA BHARU 4 April - Elia Suhana Ahmad tidak lagi dapat menyembunyikan kesedihan yang ditanggungnya ketika berdepan dengan hari-hari yang sukar dalam memperjuangkan hak sebagai seorang isteri.
Isteri kedua Sultan Kelantan itu yang didakwa telah diceraikan, pada mulanya kelihatan melemparkan senyuman sewaktu hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Namun sejurus didekati pihak media untuk bertanya khabar tentang dirinya, air matanya mula bergenang dan beliau cuba menyekatnya daripada jatuh.
"Ada orang cuba menafikan hak saya. Saya tidak kenal pun siapa dia ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah serta tidak berputus asa memperjuangkan hak saya sebagai isteri Tuanku.
"Saya harap, saya doakan agar diberi peluang untuk berjumpa dengan suami saya," ujar bekas pegawai polis itu dalam keadaan sebak.
Elia, 31, ditemui di pekarangan mahkamah selepas menghadiri perbicaraan berhubung tuntutan haknya sebagai isteri Sultan Kelantan.
Beliau yang berkahwin dengan Tuanku Ismail Petra pada penghujung 2007, kini berusaha untuk mendapatkan hak agar diberi peluang bertemu baginda yang terhalang walaupun telah mendapat perintah mahkamah.
Tuanku Ismail Petra telah dirawat selama hampir sembilan bulan sejak Mei tahun lalu di Hospital Mount Elizabeth, Singapura kerana menghidap masalah jantung dan pulang ke Kelantan pada 4 Mac lalu.
Bagaimanapun, kepulangan baginda disusuli dengan permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga oleh seorang wanita yang mendakwa ia dilakukan oleh Tuanku Ismail Petra pada 12 Februari lalu di hadapan beberapa saksi di Singapura.
Menurut beliau, Tuanku merupakan seorang suaminya yang amat baik dan tidak akan tergamak melakukan perkara seperti itu kepada dirinya.
"Saya tahu macam mana baginda sebenarnya. Baginda tidak akan sanggup menjadikan saya seperti ini sekarang.
"Kalaulah tuanku boleh menghubungi saya, perkara ini tidak akan terjadi. Saya masih sayangkan tuanku, saya mendoakan kesejahteraan baginda," tambahnya.
Ulasan: Perceraian adalah di benarkan sebagai jalan terakhir bila tidak ada jalan untuk berbaik semula TETAPI Allah sangat membencinya. Jangan musnahkan rumahtangga orang sebab alasan remeh dunia.
No comments:
Post a Comment