HULU SELANGOR 25 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih.
Bekas menteri yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.
Zaid yang tewas dengan majoriti 1,725 undi itu turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berat sebelah.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 200 penyokong pakatan PKR-DAP-Pas di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu di sini malam ini yang turut dihadiri beberapa pemimpin pakatan antaranya penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
''Saya harap suatu hari nanti perjuangan pakatan rakyat akan diterima orang di sini," kata Zaid menegaskan perjuangan pakatan itu tidak tamat di Hulu Selangor.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir pada majlis itu.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, jentera pakatan pembangkang perlu lebih berdisiplin dan tidak boleh bersikap sambil lewa semasa menghadapi pilihan raya.
''Perjuangan ini memerlukan kekuatan fizikal dan rohani...perjuangan ini bukan untuk dilihat orang tapi melihat ke dalam diri sendiri," katanya….
Ulasan: Kebenaran tidak memerlukan sogokan. Mengapa rakyat di sogok untuk menyokong kebatilan?
No comments:
Post a Comment