Senegal kini miliki monumen sendiri
DAKAR 4 April - Senegal buat julung kalinya memperkenalkan monumen gergasi 'Renaissance Afrika' miliknya semalam, mengenepikan kritikan yang mengatakan projek peribadi Presiden Abdoulaye Wade yang berharga AS$28 juta (RM98 juta) itu sebagai satu pembaziran dan tidak berunsurkan Islam.
Saiz yang lebih besar daripada Statue of Liberty di New York dan dibina di atas bukit menghadap ibu negara Senegal, Dakar, ia dikritik sebagai projek membazir di sebuah negara yang kurang peruntukan dalam infrastruktur serta kebajikan.
Seorang imam di sebuah negeri Islam utama dekat Barat Afrika pada Jumaat lalu mengeluarkan fatwa mengutuk pembinaan arca itu sebagai menyerupai berhala, satu dakwaan yang disangkal sekutu Wade…
Ulasan: Demikianlah mentaliti pemimpin negara tak maju. Kenapa sibuk belanja duit rakyat untuk buat patung? Banyak projek lain yang lebih bermanfaat yang boleh dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment