TOKYO 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan beliau berbaik-baik dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama bukan bermakna Malaysia melutut kepada Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri menjelaskan, ada pihak telah menyebarkan fitnah mengatakan Malaysia melutut kepada AS semata-mata kerana mereka tidak senang melihat beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, AS baru-baru ini.
"Tidak pernah terlintas dan takkan melutut pada sesiapa sebab kita ada pendirian dan prinsip yang tersendiri.
"Ini perbuatan orang tidak beretika apabila memutar-belitkan fakta untuk kelirukan rakyat," ujar beliau semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di sini malam ini.
Majlis yang dihadiri lebih 300 pelajar Malaysia itu adalah acara penutup lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke Jepun yang bermula pada Ahad lalu...
Ulasan: Mari kita bejar sejarah....Ketika mendengar seruan dakwah Rasulullah s.a.w, Adi bin Hatim, pemuka suku Tha’I segera melarikan diri ke Syam. Maka Rasulullah s.a.w menawan saudara perempuannya dan beberapa orang dari kaumnya.
Atas hidayah Allah S.W.T saudara perempuan Adi telah memeluk Islam. Kemudian dia menemui Adi bin Hatim dan menganjurkannya pergi ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. memenuhi anjuran saudaranya itu, Adi bin Hatim berangkat ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Di lehernya bergantungan kalung salib sebagai lambang kenasraniannya. Melihat kedatangan Adi dengan kalung di lehernya, Rasulullah s.a.w kemudian membaca surah at-Taubah ayat 31.
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Rabb (tuhan) selain Allah dan (juga mereka menjadikan tuhan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah yang Maha Esa, tidak ada Ilah kecuali Dia, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”.
Mendengar bacaan Rasulullah s.a.w Adi bin Hatim memprotes, “Kami tidak menyembah orang alim kami”. Rasulullah s.a.w menjawab, “para rahib itu mengharamkan ke atas kaumnya apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram, kemudian diikuti oleh mereka. Maka itu bererti pengabdian (penyembahan). Dengan jawapan itu, Adi kemudian telah memeluk Islam. (terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid IV).
Ajaran para rahib Nasrani antara lain mengatakan bahawa Isa al-Masih adalah Ilah (tuhan) yang harus disembah (ajaran Saint Paul), menghalalkan daging babi yang diharamkan Allah S.W.T dan mengharamkan ibadah nikah yang telah dihalalkanNya. Bila ajaran ini diikuti, maka perbuatan mengikuti itu merupakan sebuah bentuk pengibadatan kepada ajaran Nasrani (yang telah diselewengkan) sekaligus sebuah bentuk penyembahan terhadap penditanya. Di ambil dari: http://syuk88.multiply.com/journal/item/118?mark_read=syuk88:journal:118.
Tak faham juga?
No comments:
Post a Comment