Hisham ulas kes kereta ibu tunggal ditembak
KUALA LUMPUR 1 April - Pemimpin pembangkang ditegur supaya bersikap adil dan tidak menyembunyikan fakta sebenar sebelum menuduh polis bertindak kejam dalam kes tembakan ke arah kereta dinaiki seorang ibu tunggal baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, faktanya adalah kereta yang dinaiki oleh ibu tunggal tersebut sebenarnya kereta curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Malah katanya, wanita itu serta tiga lagi suspek di dalam kereta berkenaan cuba melarikan diri daripada polis peronda walaupun telah diarah berhenti dan tembakan hanya dilepaskan setelah pemandu kereta curi itu cuba melanggar pihak berkuasa.
"Dalam kes wanita ini, ada perkara yang sebenarnya tidak didedahkan seperti ada parang serta pelbagai peralatan pecah rumah yang lain.
"Pembangkang perlu adil kalau nak tuding jari kepada pihak berkuasa terutamanya polis," tegasnya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan pembangkang diketuai Ketua Wanita Parti Keadilan rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin membawa isu tersebut ke Parlimen hari ini.
Mengenai memorandum yang dihantar pembangkang berhubung kes itu, Hishammuddin berkata, beliau telah menelitinya.
"Kita tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk memastikan mereka yang tidak berdosa, mendapat pembelaan tetapi jangan kerana hendak membela sampai mengaburi mata orang ramai.
"Seolah-olah apa sahaja yang dibuat oleh polis semua salah, semua tak kena, semua penyalahgunaan kuasa," tegasnya.
Terdahulu pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Norizan Salleh, 30, Zuraida mendakwa, polis bertindak kejam apabila melepaskan lima das tembakan ke arah kereta yang dinaiki ibu tunggal tersebut sehingga mencederakannya dan seorang lagi rakan.
Norizan yang kemudiannya diberi peluang bercakap pula mendakwa dipijak oleh anggota polis sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah sedangkan menurutnya, dia tidak pernah terlibat dalam aktiviti jenayah dan tidak tahu kesalahan yang dilakukannya.
Ditanya sama ada polis memberi amaran atau tidak sebelum kejadian tembakan itu, wanita itu berkata: "Tiada sebarang amaran dan saya tidak nampak mahu pun dengar siren polis."
Dalam kejadian di Jinjang pada pukul 4.30 pagi 30 Oktober lalu, unit peronda polis terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, suspek enggan berhenti dan terus memecut ke arah Selayang sebelum menuju ke arah Gombak sehinggalah beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek yang cuba merempuh anggota polis.
Ulasan: Memandu kereta curi dan merempuh polis kita tahu itu adalah kesalahan. Tapi kenapa polis cepat tembak? Nak tanya sudahkah kes itu di bicarakan di mahkamah? Polis walaupun bersenjata tolong jangan cepat sangat menzalimi.
3 comments:
masalahnya kalau dia langgar polis then polis mati dulu dan kena tembak dulu camne? dah suh berenti tak reti nak brenti... pikir2 kan lah
Jgn cepat menzalimi? Kalau aku polis, aku pun tembak.
Bawak keta curi, org suruh brenti tak nak, langgar keta polis lagi. Kalau ko polis ape ko buat? Terjun dari keta polis lompat atas kereta die then suruh die brenti?
Kalau org baik2, bawak keta elok2, polis suruh brenti-brenti, kat mesia ni, takde kena tembak punya.
Polis rasuah aku mmg tak suka, tapi bab ni, polis betul la, make sense.
Polis kita ada SOP...standard operation procedure...dah ikut ke?
Polis tak pernah dapat lesen membunuh.
Post a Comment