Monday, April 26, 2010

Penduduk Okinawa bantah pangkalan udara AS

Gambar yang diambil kelmarin merakamkan pangkalan Tentera Udara Marin Amerika Syarikat, Futenma di Ginowan, Okinawa yang mendapat bantahan keras penduduk tempatan. - AFP 

YOMITAN 25 April - Sehingga 100,000 penunjuk perasaan berhimpun di Okinawa, Jepun hari ini membantah kehadiran sebuah pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) di pulau ini, dalam perbalahan yang menguasai politik kebangsaan dan mengeruhkan hubungan Tokyo-Washington.

Protes besar-besaran dekat Pangkalan Udara Kadena, kemudahan tentera AS terbesar di rantau Asia Pasifik, disertai oleh Gabenor Okinawa, Hirokazu Nakaima dan lebih 30 datuk bandar.

Ramai penduduk di pulau beriklim subtropika ini tidak menyenangi kehadiran begitu ramai anggota tentera AS di pulau ini, warisan daripada kekalahan Jepun kepada AS semasa Perang Dunia Kedua.

Mereka mengadu tentang bunyi bising dan pencemaran dari pangkalan udara tersebut, di samping pergeseran antara askar AS dengan penduduk tempatan.

Isu tersebut mengancam masa depan politik Perdana Menteri, Yukio Hatoyama yang menerima tekanan, bukan sahaja daripada Washington tetapi juga sekutu politik beliau yang berhaluan kiri supaya menyelesaikan perbalahan itu...

Ulasan: Dimanapun, tentera AS mendatang masalah. Eloklah keluar secara terhormat...

No comments: