Aku pun dah lama tak pernah baca Utusan Malaysia. Tapi kadang kadang tu terpandang jugak la hasil merapu wartawan wartawan Utusan ni, tu pun dari media alternatif yang lain. Dalam laporan MI yang tersiar disini, Utusan mendakwa Anwar selaku Ketua Pembangkang menjaja fitnah tentang isu firma perunding Apco Worldwide.
Anwar memang telah mendakwa bahawa Apco tu ada hubungannya dengan Yahudi. Organisasi yang bertanggungjawab menggilap imej PM One Israel Benjamin Netanyahu dan membentuk One Israel lama sebelum timbulnya idea 1 Malaysia Najib tu. Dengan adanya bukti bukti ditangan, dakwaan Anwar sepatutnya ditangani dengan matang, bukan sekadar mengatakan tidak.
Utusan itu Umno dan apa yang tertulis di Utusan itu bagai lidah pemimpin peminpin Umno. Sekiranya Utusan @ Umno merasakan Anwar telah menyebar fitnah yang maha besar, saman saja. Biar mahkamah yang tentukan. Biar segala bukti ditangan Anwar terlondeh dalam mahkamah.
http://shalehudin.blogspot.com/2010/04/kalau-dah-fitnah-saman-saja-anwar.html
No comments:
Post a Comment