23 APRIL — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku, calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan mempunyai kelebihan peribadi untuk mendahului calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, sekurang-kurangnya lima peratus.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution, berkata kelebihan itu memaksa mereka menggunakan pengaruh sekutunya, Pas, untuk memujuk pengundi Melayu bagi memastikan kerusi Parlimen Hulu Selangor kekal di tangan PKR.
“Takkan saya nak beritahu strategi pada tiga hari terakhir ini, kerana kedua-dua parti sedar pengundi Melayu akan menjadi faktor penentu pada pilihan raya kecil kali ini,” katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam….
Ulasan: Tapi sedih sebab kita tidak menggunakannya untuk memenangkan Islam. Sebagaimana mana kita tahu bahawa Islam memerintah bukan Islam di perintah. Kerana itu kerajaan Islam hidup di Andalusia selama 800 tahun…
No comments:
Post a Comment