Thursday, April 01, 2010

Tiga Langkah Tambahan Elak Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan

Najib Umum Tiga Langkah Tambahan Elak Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan
PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mulai hari ini, tiga langkah tambahan akan dilaksanakan untuk meningkatkan integriti dan mengelakkan rasuah dalam urusan perolehan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kesemua pembida dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida dan pembida berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya.

Seterusnya, mereka perlu menandatangani teks perjanjian yg mengandungi klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan, tambah Najib.

Katanya, langkah itu adalah inisiatif tambahan Kementerian Kewangan yang telah pun mensyaratkan satu klausa khas berkaitan "Integriti Pact" dimasukkkan dalam semua teks perjanjian yang berkaitan dengan kontrak perolehan kerajaan mulai 28 Feb, 2009.

"Semua inisiatif ini dilakukan demi untuk memperbaiki dan memperkukuhkan tahap integriti dan ketelusan sistem perolehan kerajaan," katanya selepas melancarkan portal MyProcument, Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan di sini pada Khamis.

Pada sidang media, Najib menjelaskan klausa khas itu merupakan komitmen dan akujanji sebagai pembida yang berjaya, dan jika gagal memenuhinya maka tindakan boleh diambil.

"Tetapi sebelum itu, maknanya mereka faham tanggungjawab mereka sebagai seorang yang berjaya memperoleh kontrak. Perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan," kata beliau.

Beliau berkata melalui portal itu, keputusan tender akan dipaparkan dalam tempoh 14 hari atau mungkin lebih cepat daripada itu setelah surat setuju terima dikeluarkan kepada pembida berjaya…

Ulasan: Semuanya ok sekiranya Kerajaan Malaysia di bawah PR yang bercita-cita tinggi mewujudkan kerajaan yang ADIL, TELUS dan SIFAR RASUAH dan sekaligus membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PSRM) dengan meletakkannya di bawah PM tetapi di bawah Parlimen. PPRM akan melaporkan aktivitinya kepada Parlimen bukan kepada PM seperti sekarang. Bukan senang nak jaga duit rakyat@negara. Ramai tunggu peluang nak songlap duit rakyat. Silap-silap akan terjadilah rasuah dan penyeleweng seperti zaman BN dulu.

Berkatalah http://penarikbeca.blogspot.com/2010/04/langkah-elak-rasuah-dari-kepala-parti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28%7Epenarik+beca%29 : Sambil itu, saya tertanya-tanya, benarkah tidak ada pemimpin politik dari parti selain Umno yang sedang atau pernah berkuasa dalam kerajaan tidak terlibat dengan rasuah? Jika benar bangunan parti diperbaiki atau dibina dengan duit dari tauke-tauke yang tidak mungkin akan bagi duit tanpa sebab, bukankah hakikatnya bangunan-bangunan itu adalah tugu rasuah? Kalau benar ladang diperolehi dengan cara yang tidak lurus, bukankah ladang itu hakikatnya adalah ladang kemungkaran? Saya hanya bertanya sahaja. Saya tidak tuduh sebab saya tak ada bukti. Tetapi, jika benar perkara itu berlaku, Allah s.w.t. pasti mempunyai bukti-bukti lengkap.

No comments: