Friday, April 16, 2010

Al-Qaeda berusaha peroleh senjata nuklear

WASHINGTON 12 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran usaha al-Qaeda untuk memperoleh senjata nuklear menimbulkan ancaman terbesar terhadap keselamatan sejagat dan para pemimpin dunia yang bersidang minggu ini perlu bertindak segera untuk memerangi bahaya itu.

Obama yang bercakap semalam menjelang sidang kemuncak 47 negara di sini yang bertujuan mencegah keganasan dengan senjata nuklear, berkata, beliau mengharapkan 'kemajuan besar' pada persidangan tersebut ke arah mencapai matlamat mengawal ketat bahan nuklear yang tidak dikawal rapi di seluruh dunia…

Ulasan: Kezaliman tentu akan berbayar lambat laun dengan jiwa.

No comments: