Friday, April 23, 2010

Pecacai Zionis gadai keselamatan negara ini?

Dalam perkara ke lapan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Apco Worldwide, dinyatakan bahawa firma yang dikuasai Yahudi Zionis itu disyaratkan supaya tidak akan menggunakan mana-mana maklumat sulit mengenai Malaysia yang diberikan kepadanya untuk tujuan yang lain daripada tujuan maklumat itu diberikan.

Apco juga disyaratkan supaya tidak mendedahkan mana-mana maklumat sulit yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepadanya kepada pihak lain.

Lebih menarik, perjanjian itu juga menyatakan, selepas menggunakan apa-apa dokumen yang mengandungi maklumat sulit yang diberikan kerajaan Malaysia itu, Apco boleh menyimpan satu salinan dokumen itu.

Tidaklah menghairankan jika Apco boleh mendapatkan maklumat-maklumat sulit kerajaan Malaysia. Nak bagi nasihat strategik, tentulah kena ada maklumat strategik.

Salinan perjanjian yang saya nyatakan itu dikatakan bertebaran di kalangan ramai orang. Jika anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang membacanya. Saya tak ada peluang menyimpan satu salinan dokumen perjanjian itu. Takkan orang nak bagi saya simpan pulak. Saya bukan siapa-siapa.

Kalau disuruh saya simpan pun saya tak nak. Saya tak pandai nak bertendang-terajang dengan undang-undang. Saya pun tak tahu sama ada orang yang menyimpan dokumen itu boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau tidak.

Sekian laporan saya. Saya tak ulas apa-apa. Anda ulaslah dalam wilayah keimanan kepada Allah s.w.t. dan patriotisme kepada negara kita di dalam jiwa anda.

Di dalam hati sendiri saya berkata, pandainya Datuk Seri Najib Tun Razak menjaga kepentingan dan keselamatan negara!

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 4/23/2010

Ulasan: Ye ke Datuk Seri Najib Tun Razak pandai menjaga kepentingan dan keselamatan negara?

No comments: