Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.
"Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.
"Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11," katanya di sini Isnin.
Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.
Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.
Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.
"Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita," katanya.
Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.
Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M.Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.
Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.
Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib malam ini.
Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.
"Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali," katanya.
Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.
"Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri," katanya sebak.
Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini….BERNAMA
Di sebalik Cerita Remaja 15 Tahun di Tembak Mati Polis...
>> Tuesday, April 27, 2010
Di ambil dari Blog : ryanryzal
apa nak kata?? nasi dah jadi bubur..
on the way balik rumah selepas tgk Chelsea belasah stoke 7-0..
tetibe dalam pukul 1.45pg-2pg.. aku terdengar kete polis...siren..kejar satu iswara putih.. aku nampak...tp buat x tau... then aku pergi singgah kedai mamak darul ehsan kat sek 11..depan esso...aku beli teh ice...
then tetibe...
Pom!.. diam dalam 10 saat...
pom! pom! pom!..
pergh!..terkejut!. ini serius..
kedai mamak tue sume kecoh...abg yg pakai baju man utd pon kecoh..
ade yg start moto nak pergi tgk.. then..dalam 10 minutes..
aku gerak ..nak balik.tp hati suh aku pg tgk kat jalan tue...
aku patah balik... pegi usha jalan kat situ..
aku pon terus kuar kete.. aku tgk ada kete masuk longkang kecik...kete polis da bnyak...jalan da kena block.. aku nak pegi dekat.. polis tue halau aku and bebrape orang kat situ...die ckp "tolong balik rumah...biar polis yg buat kerja"
aku masuk kete..tapi x blah.dalam 20 minit...wartawan sampai
aku pon balik..sampai umah jer..aku cite kat mak aku..
die mamai..then tdo...adoi...
then..lepas bagun tdo..aku tgk brite...budak tue di syaki geng samun...
kat berite harian...polis 4 orang kena desk duty..pergh..pelik nie...
then aku tanye mak aku..die balik dari surau sek 11..
die kate...kawan2 die dgr mase kejadian tue berlaku...maklumlah..depan rumah orang..
satu sek 11 kecoh...dalam pukul 6..aku tgk buletin awani
siri pertama
..."budak tu disyaki lari dari polis...polis pelik sebab kete tue asik ulang-alik kaw tue...bile polis suruh stop..die x nak...then lari..polis lepaskan tembakan amaran...die x stop jugak..then kete die terbabas...time polis suh die kuar...die x nak..and try to reverse and hampir langgar polis..then polis tembak tayar die and one of the bullet kena pemandu...dalam kete ade parang and 2 lagi sempat lari.."
tp dalam 6.30pm..aku gerak pg surau sek 11..jiran aku kate mayat die da sampai..
aku pon pergi tgk...kesian..ramai yg dtng..ramai yg nagis..
dalam aku tgk2...jmpe jiran aku..jiran aku nie kire kawan die..die punye cerite laen plak..
siri kedua..
"polis maen tembak jer..budak tue lari sebab xde lesen...bukan ape pon..cerite dalam berita its all bullshit!"
siri ketiga..
"budak tue xde lesen..die lari nak balik umah...tp terbabas..time die nak kuar..bunyi enjin tue berderum...polis ingat die nak reverse..tue yg polis tembak..."
aku pon x tau mane yg betol dan ape yg terjadi..
tp yg pelik...
1st..kenapa polis 4 orang tue digantung(desk duty)??
2nd..nape x tembak kawan die??
3rd..mcm mane kawan die boleh lari but die x lari??
aku harap polis siasat betol2..dgr kate jiran aku...budak tue ok...xde buat hal..
p/s...next time polis suh stop...stop je..jgn lari!
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/04/di-sebalik-cerita-remaja-15-tahun-di.html
Ulasan: Nampaknya sejak peristiwa Altantuya di bunuh guna bom c4, polis kita asyik menembak saja..shooting spree. Dulu, Pn Norizan yang ditembak 5 das (kira hebat menembak rakyat tanpa senjata) terpaksa pergi mencari Menteri Dalam Negeri @ sepupu PM di Parlimen. Tapi kesnya kenapa di mahkamahkan? Kemudian 3 orang pekerja Indonesia ditembak oleh polis kita. Migrant Care, bercadang melaporkan kes penembakan terhadap tiga tenaga kerja Indonesia oleh polisi Malaysia kepada Dewan HAM PBB dan Amnesty Internasional. Di Perlis dulu polis telah menembak seorang pemuda MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN. Apa sudah jadi PDRM? Polis dapat lesen untuk tembak orang?
No comments:
Post a Comment