KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar sebarang bentuk komisyen untuk perolehan kapal selam negara.
Beliau berkata sebaliknya ia diperoleh menerusi perundingan terus dengan syarikat pembuat kapal selam itu di Sepanyol dan Perancis.
Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Azinal Abidin di Dewan Rakyat di sini Rabu, beliau berkata tuduhan pembangkang kononnya komisyen dibayar berhubung pembelian kapal selam itu adalah satu tuduhan liar dan tidak benar.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai menjawab dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), berhubung perkara itu.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
Kapal selam Malaysia pertama, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), tiba di perairan Malaysia pada awal September tahun lepas dari Perancis, sementara kapal selam kedua negara, KD Tun Razak dijangka tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) di Teluk Sepanggar, Sabah pada pertengahan tahun ini….
Ulasan: Eloklah disiasat oleh badan bebas kalau kerajaan benar-benar berani. Biar bersih daripada rakyat nampak yang pelik-pelik kerana imej terbentuk oleh pengalaman lalu.
No comments:
Post a Comment