Friday, April 09, 2010

Jangan politikkan isu keselamatan negara?

Jangan politikkan isu keselamatan negara - Musa

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat. 

Beliau berkata isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara. 

"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman…

Ulasan: Kalau tidak ada pembangkang PR, APCO dan Asiasoft dan lain-lain akan terus dapat projek kerajaan…dan mungkin dapat akses kepada maklumat sulit negara. Pembangkang yang baik akan menjaga negara melebihi orang lain.

No comments: