KUANTAN 28 April - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, kerajaan negeri akan melakukan pemberian tender bagi semua projek kerajaan secara terbuka.
Pada masa sama, beliau mengingatkan kontraktor yang membuat tawaran terendah tidak semestinya mendapat tender, sebaliknya ia diberikan berdasarkan keupayaan masing-masing.
Katanya, pengalaman beliau selama 24 tahun menjadi wakil rakyat termasuk 11 tahun sebagai Menteri Besar mendapati, pemberian tender kepada kontraktor yang memberi tawaran terendah tidak menyelesaikan masalah projek yang gagal disiapkan.
"Jangan pula ada yang memikirkan bahawa mungkin Menteri Besar dan kerajaan negeri akan memberi (tender) kepada yang paling tinggi pula, bukan.
"Kita akan memilih mengikut kemampuan kontraktor dan pada masa sama kita berikan sedikit kesaksamaan supaya tidak banyak kontraktor yang mempunyai terlalu banyak kerja pada satu masa sehinggakan mereka tidak mampu menjalankan semua projek," katanya….
Ulasan: Juruukur bahan di manajuga telah diajar sejak dulu mengenai menilai tender. Kalau ikut nasihat juruukur bahan biasanya kurang berlaku masalah poskontrak. Tapi masalah dapat di kesan apabila nasihat tidak diikuti oleh lembaga tender yang mempunyai agenda peribadi.
.
No comments:
Post a Comment