KUALA LUMPUR 4 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mungkin masih bermimpi supaya bekerja untuk memastikan rekod cemerlang dalam kad laporan masing-masing.
Perdana Menteri menyatakan jika terdapat mana-mana wakil rakyat yang 'kad laporannya' teruk, nama mereka tidak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Biasanya bila ada pilihan raya, ada yang tidak dicalon semula, ada yang dicalon semula. Yang tidak dicalon semula tu, maknanya gagal lah," katanya
Najib berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TV malam ini sempena ulang tahun pertama beliau memegang jawatan itu…
Ulasan: Bagaimana wakil rakyat yang cemerlang tapi songlap duit rakyat? Masa akan jadi penentu sama ada PM TIDAK lagi menyimpan ahli parlimen BN yang ada masalah akhlak dan/atau jenayah sebagai alat penjamin ketaatan yang tak berbelah bagi seperti yang dilaksanakan Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment