KUALA LUMPUR 28 April - Pihak pembangkang di negara ini disifatkan sebagai pakatan yang bacul kerana sering memanipulasikan isu keselamatan negara serta hal-hal berkaitan agama.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan bacul pembangkang itu amat mendukacitakan kerana ia boleh menjejaskan tahap keselamatan negara serta permuafakatan kaum di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, sedangkan perbuatan mensensasikan isu-isu keselamatan tidak dilakukan oleh pembangkang di negara luar.
''Apabila enjin jet pesawat (pejuang F5-E) hilang, saya berasa amat malang kerana ia dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang bacul sehingga boleh menjejaskan tahap keselamatan negara.
''Perkara seperti ini langsung tidak dilakukan pembangkang di negara luar kerana isu keselamatan bukan untuk dipolitikkan tetapi tanggungjawab semua,'' katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Cheras di sini malam ini…
Ulasan: Kerajaan BN/UMNO pula nampaknya tidak kisah mengenai keselamatan negara sejak 2002 melantik Asiasoft sebagai tenaga pakar (subkontraktor) didalam urusan telekomunikasi PDRM menembusi Bukit Aman dan APCO Worldwide sebagai penasihat imej dan komunikasi menembusi Putrajaya. Macamana pula enjin pesawat pejuang boleh hilang? Dan peralatan keselamatan pun ada pihak yang mengambil komisyen untuk menambahkan kekayaan peribadi secara tidak sah contohnya pembeliaan dua kapal selam dari Peranchis. Pembangkang yang baik akan menyayangi negara dan tidak akan redha duit rakyat di songlapkan.
No comments:
Post a Comment