Thursday, April 29, 2010

Ahli politik jangan campur tangan

SHAH ALAM 28 April - Semua pihak terutama ahli politik diminta tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung kes seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh anggota pihak berkuasa itu pada kelmarin, di Seksyen 11, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, campur tangan pihak lain bukan sahaja boleh mengganggu siasatan kes tetapi boleh menyebabkan ahli keluarga remaja terbabit runsing.

Malah kata beliau, kenyataan-kenyataan berunsur spekulasi yang dikeluarkan di media juga dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat yang mengikuti perkembangan kes.

''Saya kesal ada pihak yang mendesak polis supaya jangan cover up (menutup) kes ini seolah-olah memang kita lakukan begitu serta membuat pelbagai spekulasi sedangkan siasatan masih dijalankan.

''Jadi saya nasihatkan pihak ini agar jangan jadi 'ayam yang suka berketak sebelum bertelur.

''Saya memberi jaminan kita akan melakukan siasatan dengan telus dan tidak akan melindungi sesiapa pun. Jika anggota saya didapati bersalah, tindakan setimpal akan diambil terhadapnya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan siasatan kes Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan polis semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri dari dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu...

Ulasan: Disebabkan kejadian tembak oeh polis bukanlah pertama kali di negara ini, ahli politik sebagai pemimpin rakyat wajar campur tangan. Bila kelak polis menjalankan tugasnya secara profesional maka tidak payah ahli politik masuk campur.

No comments: