KUALA LUMPUR 20 April - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi menentukan modul dan silibus yang sesuai untuk dimasukkan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan reproduktif.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan memohon kerjasama kementerian itu untuk menerapkan silibus pengajaran tersebut untuk diajar di sekolah-sekolah.
Justeru, beliau berharap pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada murid sekolah seawal usia 12 tahun dapat dimulakan pada awal tahun depan.
"Pelan ini telah diluluskan Kabinet pada tahun lalu dan perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelak peningkatan masalah sosial di kalangan remaja.
"Kita tidak boleh lagi menunggu lebih lama kerana menurut kajian yang telah kita lakukan, ramai remaja di negara ini masih tidak mengetahui fungsi organ badan mereka. Ini sesuatu yang memeranjatkan namun ia benar dan perlu diterima oleh semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini….
Ulasan: Di barat terbukti pendidikan kesihatan reproduktif (nama glamour terkini bagi pendidikan seks) gagal untuk menyekat zina. Kenapa pula kita nak ulang tayang? Kenapa perlu kita terbenam lagi di lubang biawak?
No comments:
Post a Comment