Sidang kemuncak itu bermula selepas Washington melancarkan proses melobi yang sengit untuk beberapa hari untuk meraih sokongan dunia bagi memberi tekanan kepada Iran mengenai program senjata nuklear negara itu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut meminta Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mendesak OIC mengadakan satu sidang khas berhubung keganasan Israel terhadap Palestin yang masih lagi berterusan.
"Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang apa yang berlaku di Palestin, tentang tindakan Israel yang mengura-ura untuk menghalau penduduk Palestin dari kampung halaman mereka dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih lagi berleluasa.
"Malangnya media menutup perkara ini yang menyebabkan pertumpahan darah dan korban sedemikian rupa.
"Malaysia sebagai negara OIC diharapkan supaya mendesak diadakan satu sidang khas OIC berkait keganasan Israel ini," tegasnya.
Beberapa negara yang memiliki senjata nuklear seperti Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, United Kingdom dan Perancis bersikap double standard dan hipokrit apabila bercakap soal bahaya senjata tersebut yang didakwa dimiliki oleh Iran, sedangkan dunia tahu Israel adalah negara yang sememangnya memiliki senjata nuklear.
Mengikut Dr. Avner Cohen, pengarang buku “Israel and the Bomb”, Israel dianggarkan memiliki 200 lebih peluru berpandu nuklear atau nuclear warheads.
Selain itu Israel mempunyai keupayaan mengembangkan kekuatan nuklearnya, keupayaan menyerang negara lain (striking capacity), keupayaan nuklear juga senjata nuklear, serta secara rasmi mempunyai polisi tidak mengakuinya dan juga tidak menafikannya. Stesen Nuklear Dimona Israel terletak di Padang Pasir Negev.
Israel tidak dipersoalkan oleh negara-negara lain terutamanya AS. Polisi yang telah dimeterai antara AS dan Israel pada 26 September 1969 telah membenarkan Israel membangunkan senjata nuklearnya tanpa disoal oleh AS atau oleh mana-mana negara lain.
Malah Israel adalah negara yang paling berahsia mengenai senjata nuklearnya dan ia tidak diperlukan untuk mendedahkannya kepada Badan Dunia Mengenai Tenaga Atom iaitu International Atomic Energy Agency (IAEA), namun badan itu beria-ia mengenakan siasatan paling terperinci terhadap Iran yang didakwa mempunyai keupayaan nuklear.
Lebih jelas lagi AS didapati bersikap membisu mengenai senjata nuklear Israel. Bahkan Presiden Barack Obama telah bersetuju untuk mematuhi polisi 40 tahun yang membiarkan Israel menyimpan senjata nuklear tanpa mendedahkannya kepada pemeriksaan antarabangsa,
Tiada semakan secara rasmi perjanjian mengenai polisi itu yang dikatakan dimeterai pada 1969 antara Richard Nixon dan Golda Meir, Perdana Menteri Israel ketika itu.
Dalam laporan pada 3 Oktober 2009, The Washington Times menyebut 3 sumber tanpa nama yang mengatakan Obama mengesahkan kepada Benyamin Netanyahu, PM Israel, bahawa beliau akan mengekalkan polisi ‘don't ask, don't tell’. Apabila Obama bercakap mengenai polisi dunia tanpa senjata nuklear ia dianggap tidak realistik untuk Israel, tetapi ia tetap disebut dengan mengatakan hal itu ditujukan hanya kepada Korea Utara dan Iran sahaja.
No comments:
Post a Comment