Monday, April 05, 2010

Nipah selindung pembalakan haram

PEMBALAKAN haram sering dikaitkan dengan aktiviti menebang pokok di kawasan tanah rizab kerajaan terutama di kawasan bukit bukau yang banyak terdapat kayu berkualiti tinggi.

Di Sarawak, keadaan sedikit berbeza apabila tanah kerajaan yang terletak berhampiran sungai turut menjadi tumpuan pembalak-pembalak haram mencuri harta kerajaan yang bernilai jutaan ringgit itu.

Mereka memanipulasi lokasi sungai yang terletak jauh di pedalaman serta keadaan persekitarannya yang merimbun dengan tumbuh-tumbuhan untuk 'menyorok' kegiatan itu daripada dikesan pihak berkuasa.

Terbaru, kegiatan mencuri balak dengan menjadikan pokok nipah sebagai alat untuk mengaburi kegiatan haram mereka berjaya dibongkar Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 5 di bahagian Sarikei, Sarawak…

Ulasan: Kebanyakan masalah bermula bila rasuah membelit negara. Hidup lebih selesa kalau tidak ada rasuah di negara ini. 

No comments: