KUALA LUMPUR 28 April - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan berhubung remaja mati tertembak oleh polis Isnin lalu, dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini.
Beliau berkata, polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.
"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang diperolehi,” katanya.
Beliau berkata, keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-maklumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.- Bernama
Ulasan: ok ke polis siasat polis?
Siasatan telus, adil kes remaja mati ditembak polis
28/04/2010 KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berhubung siasatan insiden seorang remaja 15 tahun yang mati ditembak polis di Shah Alam, Isnin lalu.
"Kami tidak sembunyikan apa-apa..., kita akan jalankan siasatan secara adil dan telus bagi memastikan kebenarannya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berharap masyarakat tidak membuat andaian dan hukuman awal sebelum laporan siasatan lengkap diperolehi.
Katanya, polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat insiden itu.
Musa yang turut melahirkan rasa sedih atas insiden tersebut menasihatkan agar ibu bapa lebih prihatin dalam menjaga anak-anak mereka bagi mengelakkan anak-anak daripada keluar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. – Bernama
Ulasan: Polis siasat polis? Zahirkan keadilan kepada mangsa.
No comments:
Post a Comment