BALING 12 April - Selepas dipujuk dan dibawa pulang ke Baling, Halimaton Abdul Rasyid (gambar), 15, remaja yang melarikan diri mengikut teman lelaki membuat pengakuan kepada ibunya yang dia tidak mahu berkahwin dan ingin kembali ke sekolah.
Ibu remaja terbabit, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, dia bersyukur kerana anaknya telah kembali sedar setelah mendapatkan rawatan daripada seorang pengamal perubatan Islam.
Menurutnya, dalam pertemuan itu, Halimaton memeluknya erat dan membuat pengakuan tersebut sambil meminta dia segera dibantu untuk dipulihkan semula.
"Mak tolong adik, adik tak mahu kahwin. Adik nak sekolah, adik nak air ubat, itulah luahan Halimaton kepada saya dalam pertemuan itu," kata Normah di sini hari ini.
Pengakuan Halimaton itu dibuat setelah dia sedar daripada pengsan selepas diubati oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Halimaton berjaya dipujuk dan dibawa pulang oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebelum dibawa balik ke Baling….
Ulasan: Ambil kira hati ibu sebelum memutuskan sesuatu yang drastik.
No comments:
Post a Comment