Friday, April 23, 2010

Rasuah pengundi: Pinjaman tanpa faedah RM6.1j

KUALA KUBU BHARU: Dalam usaha meningkatkan taraf hidup peneroka Felda, agensi kerajaan itu semalam, memberikan pinjaman tanpa faedah RM6.1 juta kepada 198 peneroka daripada empat Felda di Gugusan Sungai Dusun, di sini, bagi membina rumah baru menggantikan rumah mereka yang sudah lama. 
 
Pinjaman itu adalah sebahagian 50 langkah diambil Felda bagi memperbaiki taraf hidup peneroka di samping memastikan peneroka mempunyai tempat tinggal lebih selesa. Peneroka yang terbabit pada program itu akan membuat bayaran balik untuk tempoh 20 tahun yang dipotong RM280 sebulan daripada elaun sara hidup yang diberikan Felda kepada mereka kira-kira RM1,500 sebulan. 

Penerima pinjaman tanpa faedah itu terdiri daripada peneroka Felda Sungai Tenggi, Felda Sungai Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. 

Pinjaman itu disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada majlis di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Soeharto, di sini, semalam…

Ulasan: Inilah kerja BN iaitu merasuah pengundi dengan kebendaan. Terima saja pemberian kerajaan BN, tapi undilah kebenaran.

No comments: