Pengerusi SEPAKAT , Abdul Razak Jamil berkata, Perdana Menteri Najib Razak tidak sepatutnya melantik sebuah syarikat yang ada kaitan langsung dengan Zionis-Izrael kerana ia berkait langsung dengan sistem keselamatan negara ini.
“Melalui maklumat yang diperolehi, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM23 juta duit rakyat untuk membayar upah untuk membina ‘Strategi komunikasi’ dan ‘Imej Negara’,” ujar beliau.
Selain itu katanya, penglibatan beberapa individu dalam Ahli Lembaga APCO juga sangat merisaukan kita semua. Antaranya, Shimon Stein (bekas Duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan, termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.
Razak mempersoalkan apakah Kerajaan Malaysia tidak bimbang jika Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng, seorang bekas polis Singapura.
Tanya Razak lagi, apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa hadapan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?
APCO, kata Razak tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
Manakala Jonathan Winer pula merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang ‘musuh’ dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?
Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.
Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk ‘membeli’ beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
Razak Jamil menegaskan, sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.
Laporan polis tersebut turut disertai oleh 6 orang lagi ahli jawatankuasa SEPAKAT termasuk timbalan pengerusi Lahirul Latigu juga sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
Kiriman : DPPNS
http://www.sabahdaily.com/2010/04/siasat-hubungan-kerajaan-malaysia-apco/
Ulasan: Itulah tandanya rakyat kita masih mempercayai polis. Jangan sampai rakyat tidak lagi mempercayai polis kerana polis tidak menyiasat kes. Polis dibayar gaji oleh rakyat bukan oleh kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment