SUNGAI PETANI 12 April - Puteri UMNO mengesyorkan pengajaran mengenai kesihatan reproduktif diperkenalkan kepada murid sekolah seawal usia 10 tahun bagi membendung gejala kehamilan luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.
Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof berkata, tempoh usia 10 tahun atau darjah empat sesuai memandangkan para peringkat berkenaan, daya cerapan murid menjadi aktif.
"Kalau kita ambil kira umur 12 tahun, ia nampak sedikit lambat memandangkan peringkat ini mereka sudah hampir-hampir memasuki alam akal baligh.
"Malah, murid darjah enam juga akan berasa terbeban ekoran persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Oleh itu, wajar ia dimulakan pada umur 10 tahun kerana usia sebegini murid senang ingat dan apabila terdedah lebih awal, mereka tahu langkah membendung gejala kehamilan luar nikah," katanya…
Ulasan: Negara barat gagal menyemai menjauhi seks walaupun pelajaran sekstelah lama diperkenalkan. Hasilnya ramai anak zina di barat dan kita pun mengikut sama. Ternyata bila terpisah dari agama, manusia akan membinasakan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment