Monday, April 05, 2010

Risiko hilang jawatan ketua pembangkang

KUALA LUMPUR 1 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah boleh berkira-kira mengenai nasibnya yang berkemungkinan bakal kehilangan jawatan selaku ketua pembangkang.

Ia kerana kerajaan hari ini memutuskan untuk membawa usul bagi merujuk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran tindakannya yang cuba mengelirukan dewan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat selepas ketua pembangkang itu gagal mengemukakan bukti yang kuat dan kukuh bagi menyokong dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan One Israel.

"Kita beri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan dan ia telah dilakukan pada Selasa lalu. Jadi setelah kerajaan mengkaji dan saya sendiri mendengar ucapan penjelasan di Dewan Rakyat dan kemudiannya meneliti pula di bilik, kita dapati ia langsung tidak menunjukkan bukti yang nyata dan kukuh bagi menyokong dakwaan berkenaan…

Ulasan: Jawab susah tak jawab lagi susah bila orang hendak mengenakan kita. Rakyat bertanya bila pula nak siasat BN yang mengupah Syarikat Zionist itu? Rasanya tiada siapa yang maksum? Kalau kita takut malu bila kehilangan PM, itu maknanya kita belum maju. Jepun pun terus maju walaupun berkali-kali bertukar PM. Bukankah kita sudah MERDEKA.

No comments: