Oleh: Halik Zaman
TV1 sebuah stesyen televisyen yang dibiayai oleh Kerajaan, pembayar cukai cukup kesal dengan sikap Barisan Nasional menggunakan sepenuhnya TV1 untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat. Patut peranan TV1 mestilah berkecuali kerana ia adalah TV Kerajaan yang dibiayai oleh rakyat hasil dari pembayar pembayar cukai.
TV1 seolah-olah sudah menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional digunakan sepenuhnya untuk politik Barisan Nasional. Semacam sudah 'panik' BN dan UMNO menghadapi PKR sehingga semua projek diumumkan semasa pilihanraya kecil ini.
Ketika pilihanraya, ia adalah dianggap rasuah jika adapun projek dari Kerajaan Pusat kenapa mesti diberikan semasa pilihanraya berjalan?
Sepatutnya pihak PKR Hulu Selangor buat laporan polis kerana Barisan Nasional menggunakan TV1 untuk berkempen bagi pihak BN.
SPRM diminta siasat kepada Pengarah TV1 manalah tahu diberi rasuah oleh Barisan Nasional untuk coverage semua kegiatan kempen Barisan Nasional. Inipun satu perbuatan yang salah kerana menyalahgunakan harta Kerajaan untuk kepentingan politik Barisan Nasional. -SK
Ulasan WarkahDaily - RTM ni dah jadi 'budak suruhan' Umno-BN. Bila tiba pilihanraya, mulalah sibuk duk promote calon BN. Seolah-olah RTM tu dah jadi sebahagian daripada komponen BN.
Apakah mereka belum sedar atau buat-buat tak sedar, RTM dibiayai oleh kerajaan. Kerajaan pulak ambil duit daripada hasil kutipan cukai rakyat. Rakyat kat Malaysia ni bukan semuanya Umno-BN. Jadi profesional lah sikit.
Duit tu bukannya dari kantong puak-puak Umno-BN. Korang jangan ingat semua harta benda kat negara ni harta mak bapak puak-puak Umno-BN aje.
http://warkahdaily.blogspot.com/2010/04/sprm-kena-siasat-kenapa-rtm-tv1.html
Ulasan: Berikan keadilan kepada semua parti yg diktiraf oleh perundangan Malaysia untuk slot kempen melalui TV.
No comments:
Post a Comment