Tuesday, April 20, 2010

Dr. Halili Rahmat keluar PKR sertai UMNO

PETALING JAYA 19 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan apabila Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada 1999, mengambil keputusan tersebut selepas mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR lebih condong menjadi parti yang mementingkan kuasa daripada membawa kesejahteraan kepada rakyat walaupun telah diberi mandat untuk mentadbir beberapa negeri.

"PKR juga telah dikuasai sekumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit. Mereka memajukan ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia amnya.

"Berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya lihat beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan politik dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika membacakan kenyataan tiga muka surat pada sidang akhbar di sini hari ini….

Ulasan: UMNO pula baik ke? Bukan mudah nak kalahkan BN pada kali pertama melainkan seseorang yang benar-benar ikhlas berjuang untuk mempastikan keadilan dan ketelusan merata dan negara jadi bebas dari rasuah. Percayalah satu hari sepandai-pandai tupai melompat, akhir jatuh juga ke tanah. Mari kita kalahkan parti yang hidup mewah dengan rasuah. Pernah jumpa pemimpin politik UMNO yang miskin?

No comments: