PAKATAN Rakyat mahu merubah cara, budaya, tradisi, kefahaman, cara kepimpinan Kerajaan UMNO/BN untuk mengubah nasib rakyat ke arah satu tahap yang boleh menjamin masa depan rakyat warga Sabah. Membantu rakyat berdikari berdiri di atas kaki mereka sendiri.
Budaya Kerajaan UMNO/BN kalau ada pilihan raya barulah semua Menteri turun padang buat seribu janji kepada rakyat, selesai pilihan raya bila dituntut janji mereka dari rakyat, mereka kata; “tunggu peruntukan”. Selesai pilihanraya, “kempunanlah” kalau dapat jumpa Menteri.
Budaya Pakatan Rakyat, turun padang tunai janji. Contoh Kerajaan Selangor, lahir sahaja anak dapat RM100 disimpan dalam tabung setiap bulan. Mati sahaja rakyat Selangor dibantu RM2,500; air percuma pada hadnya. Anak-anak muda masuk Universiti dapat bantuan RM2,000.
Tradisi Kerajaan UMNO/BN yang perlu dibantu Ketua Bahagian dan AJKnya, Ketua Cawangan dan AJKnya, kroni-kroni, khadam-khadam UMNO sahaja. Pengundi cuma dapat jambatan, balairaya, surau, masjid, klinik kampung, jalan kampung, lebuhraya, pembangunan dalam bandar. Rakyat di kampung bagaimana?
Pakatan Rakyat memberi keutamaan bantuan meninggikan sara hidup orang kampung dengan memberikan keutamaan rancangan pembangunan luar bandar dengan tanaman kelapa sawit, kelapa, getah, menternak binatang. Bantuan terus menjadi hak milik orang kampung itu sendiri.
Kefahaman Umno cakap sahaja mahu bantu semua pihak, tetapi yang nyata, orang yang ‘dapat’ cuma punya kefahaman ‘ketuanan’. Kefahaman UMNO yang menjadi teras kekuatan UMNO ialah ahli-ahli UMNO orang elit sahaja.
Kepimpinan Umno mengikut dinasti, kalau bapanya mantan PM anaknya akan mewarisinya. Sekarangpun sudah nampak ada dua lagi anak-anak mantan PM sedang menanti giliran untuk menjadi PM Malaysia.
Dalam Pakatan Rakyat menurut merit. Seseorang yang berwibawa, berkarisma dan berketrampilan. Bersih dari rasuah dan menyalahgunakan kuasa, berjiwa rakyat.
Halatuju Pakatan Rakyat ‘menunaikan’ hak Bumiputera seperti terdapat dalam Perlembagaan Malaysia di samping hak kaum lain ‘ditunaikan’ bersama seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia.
Halatuju UMNO, cakap sahaja mahu menjaga hak Bumiputera tapi tidak ‘ditunaikan’. Buat apa mahu ‘jaga hak’ kalau hak itu cuma sampai pada kroni-kroni dan khadam- khadam UMNO/BN sahaja?
Misalnya, jika ada tender berjuta ringgit. Namanya sahaja ada tender, tapi diubah kepada ‘negotiated tender’ kepada kroni-kroni dan khadam-khadam yang ada ‘cable orang atas’ sahaja yang dapat. Inikah namanya ‘hak Bumiputera’ yang terpelihara dalam perlembagaan?
Dasar Pakatan Rakyat, dalam tender semua warga negara Malaysia mendapat hak sama rata. Fikir baik-baik, daripada ‘negotiate’ tender yang dapat cuma kroni dan khadam? Bagus lagi sama rata, sekurang-kurangnya ‘ada yang ditunggu’ daripada kosong.
Peniaga Bumiputera siapa yang tidak mahu kalau; “DIA dapat satu, AKU dapat satu” daripada “DIA dapat semua, AKU dapat KOSONG?”. Ini kena fikir betul-betul. Orang kampung jangan terlalu taksub dengan UMNO.
Oleh : HALIK ZAMAN (sabahkini).
No comments:
Post a Comment