Monday, April 19, 2010

Bahana APCO: Malaysia Jilat Punggung A.S

Gara-gara percubaan untuk memulihkan imej peribadinya pada mata dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat (AS) untuk menekan Republik Islam Iran.

Tindakan kerajaan Malaysia menghentikan bekalan minyak mentah ke Iran seperti diumumkan Najib di Washington sah membuktikan pentadbiran Umno-Barisan Nasional menyertai blok penyokong negara haram Israel. APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran negara turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad (gambar).

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia patut malu kepada Venezuela dan Bolivia yang berani menentang hegemoni AS serta Barat dan terus menjalin hubungan dagang dengan Iran.

"Apakah kunjungan Najib ke Washington sekadar menjadi pak turut kepada AS? Apakah APCO Worldwide yang menjadi konsultan kerajaan turut mengatur pertemuan Najib-Barack Obama, bertanggungjawab menasihat kerajaan Malaysia menamatkan penjualan gas ke Iran,?" soal beliau.

Syed Azman berkata, Malaysia sudah lupa daratan kerana melalui Petronas, telah bertapak lebih 20 tahun di Iran. Petronas telah mengutip berpuluh bilion dolar menerusi urusniaga minyak dan gas.

"Hubungan Malaysia dengan Iran begitu baik dan tidak pernah ada tekanan walaupun menghadapi ancaman sekatan dari AS," jelas beliau.

"Kita amat kesal dengan tindakan Najib kerana Iran merupakan satu-satunya negara Islam yang aktif membantu Palestin.Pada kita ancaman nuklear Iran hanya helah AS bagi melindungi kepentingan strategik mereka di Teluk Parsi," tegasnya.

Isu sebenar kata beliau, ialah AS mahu menjaga dan melindungi keselamatan Israel dari ancaman Iran.
http://dppwm.blogspot.com/2010/04/bahana-apco-malaysia-jilat-punggong-as.html

Ulasan: Bersihkan imej peribadi pemimpin dimahkamah tempatan. 

No comments: