Wednesday, April 21, 2010

Kikis sikap 'lebih kurang' - Najib terpelanting...

TOKYO 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia lebih mudah mencapai status negara maju jika rakyatnya membuang sikap 'lebih kurang' sebaliknya menjadi masyarakat mementingkan ketepatan seperti di Jepun.

Perdana Menteri berkata, masyarakat mementingkan ketepatan (precision society) dan sifat yang diwarisi rakyat Jepun itu menjadi pemangkin Malaysia mencapai status negara maju.

"Kalau ditanya apa pandangan saya mengenai ciri paling penting dalam masyarakat Jepun, jawapan saya ialah ketelitian mereka.

"Kita pula di Malaysia ada istilah 'lebih kurang'. Saya fikir ia tidak serasi kalau kita berhasrat menjadi masyarakat mementingkan ketepatan," kata Najib semasa berucap di Universiti Meiji di sini hari ini…

Ulasan: Mari kita mulakan budaya ketepatan (precision culture) dalam segala hal bermula dengan pemimpin negara. Sila bersihkan maruah anda dan setiap orang yang akan dilantik sebagai menteri di mahkamah bebas bukan di mahkamah kangaroo bila mahu menjadi PM Malaysia.

No comments: