Friday, April 23, 2010

Rasuah pengundi - Beri peluang BN bukti janji: Hishammuddin

2010/04/23 KUALA KUBU BHARU: Penduduk Hulu Selangor diminta melupakan kesilapan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan memberi peluang kepada parti itu membuktikan janji membawa lebih banyak kebaikan kepada penduduk. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia kerana rakyat sudah pun menghukum BN pada Pilihan Raya Umum 2008 sehingga mengubah suasana politik di negara ini. 
 
“Saya yakin rakyat pelbagai kaum dapat menerima kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang komited turun padang mendengar luahan rakyat. “Saya tahu kesilapan BN dan semua itu sudah berlalu kerana kerajaan hari ini lebih mendengar rintihan dengan setiap rintihan cuba diselesaikan segera,” katanya selepas Majlis Bersama Rakan Cina, di Kampung Air Panas, di sini semalam. 

Pada majlis itu, peruntukan RM100,000 disalurkan bagi penyelenggaraan jalan ke tanah perkuburan Cina kawasan berkenaan…

Ulasan: BN/Perikatan sudah 53 tahun memerintah negara ini. Tak cukup lagi ke? Bila ada Pakatan Rakyat menjadi saingan yang boleh memerintah negara dengan ADIL, TELUS, dan BEBAS RASUAH, BN jadi panik…. Rakyat kita sudah pandai berfikir.

No comments: