Tuesday, May 04, 2010

Ramai lulusan perubatan UKM ‘lari’ bekerja di Singapura

KUALA LUMPUR 3 Mei – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semakin ramai siswazah perubatannya ditawarkan kerajaan Singapura untuk berkhidmat di hospital negara itu dengan tahun ini sahaja seramai 20 orang telah berbuat demikian.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, dijangkakan seramai 80 lagi akan mengikuti jejak kumpulan itu dan jika ini berlaku ia pasti merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar membiayai universiti awam.

Sehubungan itu, beliau meminta siswazah perubatan UKM mengutamakan semangat nasionalis dengan berbakti kepada rakyat negara ini dan bukannya mengejar tawaran gaji lumayan di negara asing.

“Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran dari kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu.

“Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura (RM6,187) manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan.

“Walaupun ganjaran agak rendah berbanding Singapura, mereka perlu bangga berkhidmat di negara sendiri,” katanya...

Ulasan: 1. Bila yang terdidik mengejar duit semata-mata. 
2. Ada pun IPT awam yang mengecilkan pengambilan pelajar tempatan tahun ini. Ini sudah pasti merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar (duit rakyat) membiayai universiti awam. Buatlah universiti sendiri.

No comments: