Tuesday, May 04, 2010

Polis serah isu suruhanjaya siasatan diraja kepada kerajaan BN/UMNO

KUALA LUMPUR 4 Mei — Polis menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sama ada untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja atau tidak atas permintaan keluarga Amirulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati akibat terkena tembakan polis di Shah Alam minggu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan bekerjasama dengan semua pihak bagi membantu siasatan kes itu untuk mencari keadilan.

"Itu terpulang kepada kerajaan sama ada nak tubuh atau tidak suruhanjaya tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas pegawai-pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis ke-203 di sini, hari ini.

Semalam, bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan yang bercakap bagi pihak keluarga itu berkata, suruhanjaya itu diharap akan menjalankan siasatan secara bebas dan telus.

Berhubung sidang akhbar yang diaturkan oleh keluarga Aminulrasyid dan disertai rakan mangsa, Muhamad Azamuddin Omar, 15, semalam, Musa berkata: “Itu dia punya versi... Di mahkamah nanti dia kena bagi tahu juga.” – Bernama

Ulasan: Berdasarkan sejarah tiada mungkin kerajaan akan tubuhkan suruhanjaya siasatan diraja. Dewan Negara hari ini menolak usul bahas isu kematian Aminulrashid kerana tidak perlu di segerakan. Alasan untuk apa pun boleh dicari.

KP pun janganlah menakutkan saksi kes. Akhbar pula berkata Aminulrashid yang mati akibat tertembak selepas didakwa cuba merempuh polis dalam kejadian pada Isnin minggu lepas. Wujudkah keadilan di negara kita yang di perintah BN/UMNO?

No comments: