KUALA TERENGGANU 5 Okt. - Industri hiburan lazimnya dilihat dalam skop yang sempit berlegar dalam dunia artis dengan hiburan dan nyanyian, sarat dengan pelbagai persepsi negatif.
Ia sebenarnya mempunyai skop yang begitu luas bukan sahaja muzik dan perfileman, tetapi juga pelbagai hasil seni kreatif yang bernilai berbilion ringgit setiap tahun.
Ia tidak harus dilepas pandang oleh para pelajar dengan potensi kerjaya dan peluang dalam keusahawanan yang besar namun segala gerak kerja itu perlu diusahakan selari dengan landasan agama.
Bagi mendedahkan tuntutan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT) serta Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menganjurkan Seminar Islamisasi Industri Hiburan 1Malaysia.
Presiden MPP universiti berkenaan, Abdul Rashid Abdul Manaf berkata, seminar sehari ini membincangkan kaedah untuk menjadikan industri ini tidak dipandang sebagai penyumbang utama kepada semua permasalahan negatif yang melanda masyarakat.
"Ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang asas dan garis panduan syarak dalam industri hiburan. Di samping menyemai unsur dakwah serta nilai murni melalui hiburan," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis tersebut di sini baru-baru ini…
Ulasan: Selamatkan artis dan rakyat dari maksiat.
No comments:
Post a Comment