KUALA LUMPUR 18 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka seperti mana diumumkan di dalam Bajet 2011 pada Jumaat lalu sebagai satu projek yang baik untuk negara.
Beliau berkata dengan adanya projek mega seperti itu banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan yang sekali gus mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Selain itu melalui projek tersebut juga ia akan mencetuskan peluang-peluang perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang terdapat di negara ini.
"Saya percaya kerajaan mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk melaksanakan pembinaan menara tersebut. Soal 100 tingkat atau sebaliknya bagi saya tidak timbul kerana apa yang lebih penting berbelanja untuk menjalankan projek seperti ini adalah baik.
"Projek ini mampu memberi faedah dari segi menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat selain peluang-peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat,'' katanya.
Menjawab soalan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Mahathir berkata, Najib sedaya upaya cuba memperbaiki kedudukan negara ini selepas mewarisinya daripada kepimpinan terdahulu….
Ulasan: Senangnya menyuruh orang lain membina bangunan mega mengunakan duit mereka. Agak-agaknya adakah ayah kita akan melabur membina RM5bilion untuk pelancong datang berfoto sebagai kenangan? Yang pastinya ialah perunding professional utama dari luar negara, kontraktor utama dari luar yang menggunakan buruh dari luar, menggunakan peratusan tinggi bahan binaan dari luar. Ertinya duit kira mengalir keluar. Yang pasti seronok ialah kroni segera supermen dan superwomen yang dapat peratusan dari kontrak itu yang di pecahkan kepada banyak kontrak kecil lain. Satu masa dahulu ada kroni yang dapat kontrak membekalkan permaidani sebuah projek mega menjadi jutawan segera. Tinggallah kemudian PNB sebagai pemilik bangunan itu yang perlu di senggara dan di kawal dari serangan bom jangka. Mungkin ada kroni yang suka kerana syarikatnya mendapat tender menyenggara dan mengawal bangunan. Pelancong datang dan suka mengambil foto Menara berharga RM5 bilion itu. Tapi PNB telah berhutang untuk itu dan mengeluarkan duitnya untuk negara lain. Demikianlah gara-gara pemimpin bertukar tapi tidak berubah rasanya kerana hanya menggunakan duit rakyat.
No comments:
Post a Comment