KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri menegur sikap segelintir rakyat negara ini yang 'buat-buat buta sejarah' apabila mengatakan keamanan negara diperoleh secara percuma tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan nyawa.
Sambil menegaskan bahawa golongan itu sebagai manusia yang tidak mengenang budi, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, segala kesenangan, keamanan dan kemewahan yang dinikmati hari ini mempunyai harga yang terpaksa dibayar dengan nilai teramat tinggi.
Menurut beliau, keamanan negara dibayar dengan nyawa dan kecacatan anggota badan oleh pasukan keselamatan terutama semasa zaman darurat menentang ancaman pengganas komunis…
Ulasan: Siapa pernah jumpa terutama pemimpin UMNO kini dalam pelbagai peringkat yang hidup dhaif?
No comments:
Post a Comment