Friday, October 15, 2010

Tanah perkuburan diceroboh

MUAR 14 Okt. - Sifat rakus untuk mencari untung telah menyebabkan tanah perkuburan Islam di Batu 14 Air Hitam di sini diceroboh sehingga beratus-ratus batu nisan dan binaan kubur di kawasan itu rosak dan ada yang musnah sama sekali.

Amat menyedihkan kerana nisan kayu dan binaan di sekeliling kubur di tanah perkuburan itu ada antaranya berusia hampir 100 tahun dan merupakan perkuburan nenek moyang sebahagian besar penduduk kawasan itu.

Pencerobohan itu mengakibatkan beratus-ratus kubur lama di kawasan itu 'hilang' akibat dilanggar dan dilanyak jentera berantai yang membawa keluar kayu balak dari tanah perkuburan tersebut.

Menurut seorang penduduk Batu 14 Air Hitam, Shukor Atan, 37, pencerobohan tanah perkuburan tersebut berlaku sekitar awal September lalu dan hanya berhenti selepas sambutan Aidilfitri.

"Penjaga kubur di sini memberitahu, dia sedar pokok itu dipotong tetapi dia fikir mereka hanya mahu membersihkan kawasan itu dan bukannya menjual kayu tersebut.

"Lagipun, saya kenal orang melakukan perkara itu yang merupakan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, penduduk kampung mendapati kira-kira 21 pokok besar yang terdiri daripada jenis leban, tembusu dan pulai ditebang di kawasan perkuburan itu….

Ulasan: Pangkat selalunya di salahgunakan untuk kepentingan peribadi.

No comments: