Rundingan tanpa publisiti selama empat tahun mengenai pembinaan masjid, pembukaan tanah perkuburan Islam dan pengajaran agama Islam di sekolah kerajaan semakin hampir ke penghujungnya.
Perkembangan itu berlaku ketika rakyat Jerman terlibat dalam perbahasan hangat mengenai Islam dan integrasi pendatang beragama Islam yang kebanyakannya dari Turki.
Perjanjian mengenai pengiktirafan tersebut dipercayai akan dicapai tidak lama lagi tetapi perbahasan di peringkat kebangsaan mengenai Islam dan arus perubahan politik tempatan boleh menyebabkan kelulusannya menjadi lebih sukar daripada yang dijangka, kata ahli politik dan pemimpin Islam.
"Penting bagi kami bahawa perjanjian ini menegaskan kami adalah sebahagian daripada masyarakat Jerman," kata Pengerusi DITIB cawangan Hamburg, Zekeriya Altug.
DITIB ialah sebuah rangkaian masjid Turki Jerman yang merupakan antara pertubuhan Islam terbesar di negara ini. – Reuters
Ulasan: Bila kita boleh berakhlak sepeti Rasulullah SAW orang kafir akan menghormati kita.
No comments:
Post a Comment