Tuesday, October 05, 2010

MB Kedah ugut mahu dedah nama

ALOR SETAR 4 Okt. - Isu kenaikan tarif air di negeri ini makin panas apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) pula mengugut akan mendedahkan nama-nama pihak yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian sehingga berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air.

Perkara itu disuarakan Azizan setelah beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam yang menyifatkannya memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sehingga 27 peratus.

Azizan berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu tidak perlu menuding jari kepada beliau kerana hutang piutang yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri sekarang disebabkan oleh parti itu.

"Jangan tuding jari pada saya sebab hutang BN yang buat, lepas itu suruh saya bayar.

"Kalau pemimpin BN bising lagi saya akan beritahu saham mereka yang terlibat dalam syarikat yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung hutang rawatan air," katanya di sini hari ini…

Ulasan: Biar rakyat tahu siapa petualangnya. Dedahkanlah Ustaz.

No comments: