Monday, October 11, 2010

Rundingan damai Palestin dengan Israel 'mustahil'

2010/10/08 RAMALLAH: Rakan rapat kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata adalah mustahil untuk mengadakan satu rundingan damai yang serius dengan pentadbiran kerajaan Israel sekarang.

Yasser Abed Rabbo, seorang daripada anggota pasukan rundingan Palestin itu berkata, ini berikutan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak mahu melanjutkan larangan pembinaan penempatan di Tebing Barat yang menjadi isu utama rundingan yang ditaja Amerika Syarikat itu. 
 
“Ia tidak akan menjadi satu proses rundingan yang serius selagi Netanyahu berada dalam kerajaan," kata Abed Rabbo dalam satu temubual dengan AFP. 

“Kerajaan ini (Israel) tidak serius dalam mencapai perdamaian di rantau ini," kata sempena Sidang Kemuncak Liga Arab yang bakal diadakan di Sirte, Libya…

Ulasan: 60 tahun kita berunding, Palestin menjadi semakin kecil. Apakah kita mempercayai kita pemikiran Israel?

No comments: