Thursday, October 14, 2010

128 ladang babi tidak berlesen

PUTRAJAYA 13 Okt. - Tidak ada satu pun daripada 128 ladang ternakan babi di Selangor mempunyai lesen untuk beroperasi bagi tujuan penternakan dan pembiakan secara komersial atau kecil-kecilan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kewujudan ladang tidak berlesen itu mengundang pelbagai masalah seperti pencemaran disebabkan sistem bahan buangan tidak teratur termasuk keselamatan daging ternakan yang tidak terjamin.

Bagaimanapun, katanya, JPV tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ladang tidak berlesen itu kerana tanggungjawab dan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri…

Ulasan: Utamakan rakyat atau penternak babi yang menyusahkan orang ramai?

No comments: